Sumber Kewangan Penulis. Sila sumbang dengan satu klik sahaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 6, 2011

Kenapa Drama Melayu Asyik Kisah Orang Kaya ?

 

 

Intisari Rancangan ....

Jumaat 06 Mei 2011


6.30 Malaysia Hari Ini
7.00 Buletin Pagi
7.15 Sambungan Malaysia Hari ini
9.00 Berita Terkini
9.05 Toon Disney (Good Morning Mickey)
9.30 TVX Kids News
9.32 Nickelodeon (Avatar The Last Airbender)
10.00 Berita Terkini
10.02 Kamen Riden Dragon Knight
10.30 Kung Foot
11.00 Bizworld
11.02 MentXr 5
12.00 Berita Terkini
12.02 WaXita Hari Ini
1.00 Al-HidXyah
1.30 Cerekapilihan (Saham Neraka)
3.30 Naluri (Astaghfirullah : Dihantui Kematian)
4.00 Berita Terkini
4.02 Sambungan Naluri
4.30 Kisah Kaisara (Episod 5)
5.00 Al-Kuliyyah
6.00 Bizworld
6.05 Puteri Salju (Episod 9)
6.58 Jurnal Protege
7.00 TV3 Kids (Naruto Shippuden)
7.30 Marchen Awaken Romance
8.00 Buletin Utama
9.00 Zehra (Keranamu Laila) Episod 5
10.00 Mega Movie (2 Fast 2 Furious)
12.00 Nightline
12.30 Melodi
1.30 Tasbih Cinta (Episod 41)
2.30 Na-O-Mei (Episod 21)
3.30 Muzik-Muzik 25
4.30 Wanita Hari Ini
5.30 Motivasi Pagi


Diatas adalah intisari rancangan sebuah TV tempatan.  Anda mungkin teringat Nama-nama Intisari Tv yang disogokan kepada kita setiap hari.




Aku berasa hairan. Kenapa kesemua kisah hanya melibatkan kisah orang kaya. Tiadakah kisah hidup orang yang hidupnya sederhana atau miskin disiarkan?


Mungkin kisah hidup orang miskin atau sederhana ini tidak menarik kisahnya. Ataupun kisah hidup mereka memang tidak boleh dijadikan cerita?

Aku bukan la orang kaya. Jadi aku terasa hairan dan sedih kerana tiada cerita betul-betul mengenai orang biasa seperti aku dari awal cerita sampai habis.

Harap penulis skrip mengambil kira pandangan aku ini.

Sekian.

Sunday, March 6, 2011

Adui , Apa guna isi banyak-banyak nie ?


Nah ambik ini borang-borang yang patut saya isi. Aku pelik la. Kamu nak borang ini untuk apa banyak-banyak ? Ini baru aku seorang punya borang. Kalau ikut logik. Dalam sehari sekurang-kurang 200 orang ada yang isi borang ini.

Mane kamu nak sumbat semua borang yang kami bagi ini?



Aku rasa tidak perlu rasanya banyak-banyak ini. Sesiapa yang boleh tolong aku bagi jawapan untuk persoalan aku ini. Pening sudah kepala aku memikirkannya.

1. PTPTN :
Tidak lama dahulu kita digembirakan dengan penurunan pinjaman sedia ada 3% kepada 1% iaitu pinjaman Ujrah.

Cuma ada seperkara yang aku berasa hairan. Kenapa pihak peminjam perlu mengisi beberapa borang yang hanya meliputi perkara-perkara asas peminjam? Mula-mula peminjam perlu mengisi borang permohonan secara online. Kemudian pemohon perlu menunggu permohonan tadi diluluskan. Selepas permohonan tersebut diluluskan. Peminjam sekali lagi perlu mengisi borang secara offline pula dengan mendownload borang tersebut.



Kenapa prosedur ini perlu? Sedangkan segala maklumat peminjam sudah lengkap semasa permulaan dahulu dan juga penggunaan borang yang berhelai-helai sudah disi. Adakah PTPTN mempunyai agenda tersendiri? Adakah pertukaran kadar faedah ini benar-benar membantu peminjam?Mari kita fikirkan, kalau semua peminjam terpaksa mengisi borang ini. Agak-agak penuh tak pejabat PTPTN di Damansara Height itu?

Dalam tercari-cari jawapan. Saya terlangkah masuk ke :http://www.malaysiakini.com/news/156850. Dibawah adalah keratan akhbar tersebut.


Cuba perhatikan bilangan peminjam yang ramai itu. Jumlah nya berjuta-juta orang. Yang ingin saya suarakan di sini adalah kenapa perlu borang yang bertimbun-timbun? Apa guna system networking serta online yang canggih dan mahal ?

2. Borang kerajaan yang perlu disi online. Kemudian perlu dicetak dan diposkan ke Pejabat.
Lagi satu perkara yang sangat-sangat aku hairan lagi pelik. Cuba kalian perhatikan contoh dibawah.


Tidak lupa juga pihak terbabit menegaskan bahawa permohanan ini tidak akan diproses sekiranya pemohan tidak mencetak dan menghantar ke Pejabat terbabit.


3. Salinan asal perlu disahkan. Ini lagi satu syarat yang biasa tertulis pada borang-borang urusan kerajaan. Sedangkan syarat ini menyusahkan pemohon yang perlu melayan kerenah birokrasi pihak lain pula untuk mendapat tandatangan pihak berkuasa. Beberapa contoh:





4. Borang-borang yang panjang dan menyusahkan pengisi. Maklumat - maklumat yang diperlukan seolah-olah pengisi sedang menjawab peperiksaan selama 3 jam 15 minit. Tidak terfikiran kah penyedia borang bahawa pengisi membazir waktu untuk melengkapkan borang anda? Jika anda yang jadi pengisi , adakah anda sanggup menghabiskan masa mengisi borang permohonan yang panjang-panjang tetapi belum pasti mendapatkannya.

Mari kita lihat borang dibawah :


Ini borang permohonan atau borang pertandingan menulis esei? Cuba anda teka. Borang yang ini adalah untuk permohonan apa?


Ini adalah borang permohonan untuk jawatan Penolong pengawai tadbir N-27 sahaja. Agaknya kalu mohon menjadi pensyarah mungkin borangnya memerlukan seminggu untuk dilengkapkan.

Bagi pandangan kacamata aku ini , tidak salah ingin menguji pihak pemohon. Tetapi tidak perlu ketika permohonan baru hendak dibuat. Biarlah sesi temuduga atau sesi seterusnya.

Aku pernah menghadapi keadaan di mana sebuah pejabat memulangkan semua lampiran-lampiran yang dikendaki di dalam borang dan hanya memerlukan salian kad pengenalan aku. Aku harap nukilan aku ini bukan hendak memburukkan mana-mana pihak. Cuma inginkan perubahan untuk kebaikan banyak pihak. Usahlah kita membazir wang , masa , kertas, dakwat pen untuk mengisi borang. Hargai la segala yang masih kita ada.

Sekian (Klik untuk gambar yang lebih jelas)