Sumber Kewangan Penulis. Sila sumbang dengan satu klik sahaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 25, 2011

Jangan Ajak Aku Masuk MLM !


Anda mahu duit?

Anda pernah di jaja untuk mendapat kan duit?

Kali nie aku nak ckp pulak pasal MLM. 

Aku bukan nak buruk-burukkan MLM, cuma nak kongsi dengan anda semua pendapat aku mengenainya. Aku pun harap kamu boleh komen pape yang anda rasa.


1. Kamu semua sedar x , mengapa yang ajak anda itu selalunya MELAYU? Kamu semua cuba tanya. 
    Siapakah yang paling atas? Pengasas MLM tersebut la. Selalu bangsa lain kan? Tapi kenapa bangsa   
    mereka tidak ramai yang masuk? Sebab MELAYU nie mudah tertipu dengan wang. MAri kita sambung.

2. Betul ke boleh kaya? Anda mesti ditunjukkan dengan penyata kewangan. Banyak income dia masukkan. Anda kenal ke siapa yang ditunjukkan? Cuba minta penyata yang bercerita pulak.

3. Pastu miesti mereka tunjuk cara-cara mana anda dapat wang:
    Contoh:
                 Modal : RM100 sekali masuk.

                  1 orang masuk bawah anda atau beli produk anda anda dapat komisyen RM10

                  Katakan dalam sehari ada 4 orang masuk , Anda dapat RM40 

                  Kemudian , dalam masa seminggu ;

                  7 hari x RM40 = 280 

                  Jika sebulan , anda dapat ;

                  4 minggu x RM 280 = RM 1120

                  Jika 2 bulan ,anda dapat :

                  2 bulan x RM 1120 = RM 2240

                 Pernahkah anda ditunjukkan pengiraan begini? Sebenarnya ada ada perkara yang anda sedang    
                 tertipu. Bolehkah anda mencari 1 orang untuk beli produk anda atau masuk bawah anda?
                 Bolehkah mendapatkan 4 orang dalam masa sehari? Dalam masa dua bulan anda boleh     
                 mendapatkan berapa ramai orang?

                 Dan jika anda tidak berjaya menarik orang lain dalam sistem ini? Anda akan kehilangan modal 
                 RM100 tadi. 

4. Sekarang cuba perhatikan kan kiraan saya pula ,

                 Untuk mendapatkan RM100 anda balik , anda perlu mencari 10 orang. 

                Tetapi , Big Boss anda sudah mendapat RM 1100 termasuk duit anda. Tetapi anda tidak untung 
                apa-apa. Kerana hanya mendapatkan modal anda semula. 

               Untuk anda pula , selain dari tidak mendapat apa-apa. Anda telah kerugian masa , wang ringgit , 
               minyak kereta atau motor, Hanya untuk mendapat RM100 tadi. Maksud saya untuk mencari orang 
               yang berminat masuk. (Dalam erti lain , anda perlu menipu orang lain pula setelah anda ditipu)

              Jadi nasihat aku. Jangan la mudah diperdaya. Jangan mudah tertutup akal fikiran hanya kerana wang.
              Tidak perlu anda memegang bara api. Jika sudah terpegang. Nanti anda pula terpaksa memberi bara 
              tersebut kepada orang lain kerana takut terbakar diri (RUGI).








    


Sunday, February 20, 2011

Malaysia Ke Indonesia ?




Atau




Aku nie berada di Malaysia ke Indonesia? Kamu semua pernah bertanya soalan yang sama kepada diri sendiri ke?

Aku tgok tv sahaja kebanyakan cerita Indonesia. Tukar channel pun sama juga. Kenapa cerita Indonesia menjadi siaran hampir ke semua pilihan channel tv?Kemudian tidak lupa pulak pengacara-pengacara yang bertutur dalam bahasa dielek Indonesia. Menyampah betul aku.

Mana pergi jati diri kita sebagai rakyat malaysia. Kita seharusnya bangga dengan identiti kita sendiri. Perlukah kita agung-agungkan identiti negara lain. Sedangkan rakyat negara mereka pun mencari makan di negara kita.

Kadang-kadang kelakar tengok cerita Indonesia yang penuh dengan karut-marut. Sampaikan ahli-ahli Parlimen pernah bergaduh membincangkan perkara ini. Aduh , kelakar sungguh. Penggunaan grafik komputer yang nampak sangat kemalasan pereka mereka.

Kemudian adegan tercengang-cengang yang terlalu lama dalam kebanyakan siri drama. Kononnya membuat unsur saspen. Tapi membuang masa penonton dan memanjangkan cerita yang hanya 15 minit tidak termasuk iklan tv.

Wahai pihak media , jangan la hanya mengambil untung dengan membeli drama yang murah dan panjang tanpa mengira kesan buruk terhadap identiti negara dan pemikiran anak-anak sekolah yang belum matang pemikiran mereka.

Aku bukan anti-Indonesia. Tapi aku menyampah dengan rakyat Malaysia yang cuba menghilangkan identiti negara sendiri. Aku hanya ikhlas menulis dari kacamataku

Friday, February 18, 2011

Cinta ? Sayang ? Suka ? Minat ? Mana satu sebenarnya?



Banyak kali aku berdepan dengan persoalan ini. Dari kawan-kawan , dari apa yang aku baca di majalah. Atau dari apa yang aku lihat. Semuanya aku lihat dari kacamata ku.

Sebelum kita barkata " Aku cintakan kamu " , adakah kamu semua betul-betul paham maksud cinta?
Ataupun , " Saya sayangkan awak" , yang ini pun adakah yang berkata itu faham apa yang dia katakan.

Atau aku boleh andaikan dia cuma berkata sesuatu yang menyenangkan pasanagan dia. Dan kecian pulak kepada orang yang dia luahkan. Adakah dia ditipu? Atau dimain-mainkan dari pihak yang lagi satu?

Banyak masalah yang kebanyakan kita hadapai dapatkan fahami cuma dengan memahami maksud Cinta , Sayang , Suka , Minat. Jawapan dia sebenarnya kita semua tahu. Cuma aku nak bantu kamu semua menjawab soalan yang kamu tanya diri kamu sendiri?

Soalan pertama.

1. Jika kamu berada dalam sesuatu majlis, atau keadaan yang ramai orang. Kemudian kamu ternampak Si dia. Adakah kamu rasa tertarik untuk memandang perlakuan dia dan wajahnya dari jauh? Tetapi jika dia hilang dari pandangan kamu, kamu terus menyambung perkara yang kamu sedang lakukan tanpa memikirkan apa-apa pasal Si dia?

2. Jika Si dia ada di situ, Adakah kamu berharap dia akan datang menegur kamu? Atau kamu rasa ingin sangat untuk bebual-bual dengan Si dia ? Dan kamu cuba menarik perhatian dia? Tetapi kalau dia tiada sekeliling kamu. Kamu tidak merasa perasaan seperti ini?

3. Seterusnya ,pada masa kamu sibuk bersama rakan-rakan baik kamu.Kamu pernah kah merasa yang kamu ini rindukan wajah Si dia. Rindukan suara Si dia. dan kamu marasakan Si dia seharusnya berada dekat dengan kamu? Dan merasakan Si dia seharusnya merasa seronok bersama kamu ketika ini?

4. Kemudian pula , adakah kamu merasakan diri kamu adalah untuk Si dia. Kamu sanggup berkorban apa sahaja untuk Si dia? Masa , tenaga , wang ringgit demi untuk Si dia. Dan kamu tahu kamu satu-satunya yang paling sesuai untuk diri Si dia.

Jawab la dengan fikiran yang tenang. Jujur dengan hati sendiri.




Berdasarkan soalan-soalan aku , adakah kamu dapat menjawab soalan aku ini ? Tau cuma satu dua sahaja?
Soalan ini aku susun mengikut susunan. Mengikut tahap-tahap sedalam mana perasaan kamu terhadap Si dia.

Penjelasan soalan:

1. Minat. Bermaksud kamu minat kan diri Si dia. Tertarik dengan penampilan Si dia. Tidak lebih dari itu.
2. Suka. Kamu mula merasakan kamu amat tertarik dengan diri. Mungkin akan sampai peringkat seterusnya
   antara kamu dan Si dia
3. Sayang.Ini menunjukan kamu menyayangi Si dia. Kamu mengharap Si dia juga mnyayangi diri kamu seperti
    kamu sayangkan dia.
4. Sekarang baru kamu rasakan kamu betul-betul mencintai Si dia. Kamu ingin hidup dengan Si dia. Buat la
    perkara yang sepatutnya. Elakkan terlalu mengikut nafsu.

Sedikit info ini Aku harap dapat membantu ramai orang diluar sana dalam menjawab soalan yang hadir. Adakah kamu betul-betul Si dia adalah pilihan kamu ?

Gembira aku dapat membantu.

Monday, February 14, 2011

Melayu Itu Siapa ?


Melayu
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mua‘alaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

Usman Awang


Usman Awang dalam puisi mencoretkan melayu itu halus budi pekertinya.Baris lapan pertama dalam sajak “Melayu” ini tampak tegas sekali beliau menyatakan.
Tetapi adakah pada ketika itu ; 12 Julai 1929 melayu diertikan demikian. Bagaimana pula tahun ini ? Saat ini adakah pengertian melayu oleh Usman Awang tidak releven lagi. Aku pun tidak berani mengatakan Ya atau Tidak. Adakah kira betul jugak adalah jawapan terbaik?
Jadi siapakah melayu ?


Atau persoalan lain pula cuba kita yang Usman Awang sendiri ?

"Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu ?"
"Masihkah tunduk tersipu-sipu?"

Bagi aku pula cuba anda taip "melayu" di engin carian terpantas GOOGLE, secara automatik ini pulak cadangan carian ;
melayu
melayu boleh
melayu boleh 3gp
melayu seksi
melayu bikini

Ini pulak cadangan web oleh GOOGLE jika perkataaan "MELAYU" ditaip sahaja ;
http://www.google.com.my/#hl=en&xhr=t&q=melayu&cp=3&pf=p&sclient=psy&site=&source=hp&aq=0&aqi=&aql=&oq=mel&pbx=1&fp=b5f83d2c8ddfe546

Maka , Sekali lagi persoalan yang aku tertanya-tanya. Siapakah MELAYU?

Rujukan
1.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0610&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm)
2.http://humaixi.blogspot.com/2009/06/melayu-oleh-usman-awang.html
3.http://www.google.com.my/