Sumber Kewangan Penulis. Sila sumbang dengan satu klik sahaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 18, 2011

Cinta ? Sayang ? Suka ? Minat ? Mana satu sebenarnya?



Banyak kali aku berdepan dengan persoalan ini. Dari kawan-kawan , dari apa yang aku baca di majalah. Atau dari apa yang aku lihat. Semuanya aku lihat dari kacamata ku.

Sebelum kita barkata " Aku cintakan kamu " , adakah kamu semua betul-betul paham maksud cinta?
Ataupun , " Saya sayangkan awak" , yang ini pun adakah yang berkata itu faham apa yang dia katakan.

Atau aku boleh andaikan dia cuma berkata sesuatu yang menyenangkan pasanagan dia. Dan kecian pulak kepada orang yang dia luahkan. Adakah dia ditipu? Atau dimain-mainkan dari pihak yang lagi satu?

Banyak masalah yang kebanyakan kita hadapai dapatkan fahami cuma dengan memahami maksud Cinta , Sayang , Suka , Minat. Jawapan dia sebenarnya kita semua tahu. Cuma aku nak bantu kamu semua menjawab soalan yang kamu tanya diri kamu sendiri?

Soalan pertama.

1. Jika kamu berada dalam sesuatu majlis, atau keadaan yang ramai orang. Kemudian kamu ternampak Si dia. Adakah kamu rasa tertarik untuk memandang perlakuan dia dan wajahnya dari jauh? Tetapi jika dia hilang dari pandangan kamu, kamu terus menyambung perkara yang kamu sedang lakukan tanpa memikirkan apa-apa pasal Si dia?

2. Jika Si dia ada di situ, Adakah kamu berharap dia akan datang menegur kamu? Atau kamu rasa ingin sangat untuk bebual-bual dengan Si dia ? Dan kamu cuba menarik perhatian dia? Tetapi kalau dia tiada sekeliling kamu. Kamu tidak merasa perasaan seperti ini?

3. Seterusnya ,pada masa kamu sibuk bersama rakan-rakan baik kamu.Kamu pernah kah merasa yang kamu ini rindukan wajah Si dia. Rindukan suara Si dia. dan kamu marasakan Si dia seharusnya berada dekat dengan kamu? Dan merasakan Si dia seharusnya merasa seronok bersama kamu ketika ini?

4. Kemudian pula , adakah kamu merasakan diri kamu adalah untuk Si dia. Kamu sanggup berkorban apa sahaja untuk Si dia? Masa , tenaga , wang ringgit demi untuk Si dia. Dan kamu tahu kamu satu-satunya yang paling sesuai untuk diri Si dia.

Jawab la dengan fikiran yang tenang. Jujur dengan hati sendiri.




Berdasarkan soalan-soalan aku , adakah kamu dapat menjawab soalan aku ini ? Tau cuma satu dua sahaja?
Soalan ini aku susun mengikut susunan. Mengikut tahap-tahap sedalam mana perasaan kamu terhadap Si dia.

Penjelasan soalan:

1. Minat. Bermaksud kamu minat kan diri Si dia. Tertarik dengan penampilan Si dia. Tidak lebih dari itu.
2. Suka. Kamu mula merasakan kamu amat tertarik dengan diri. Mungkin akan sampai peringkat seterusnya
   antara kamu dan Si dia
3. Sayang.Ini menunjukan kamu menyayangi Si dia. Kamu mengharap Si dia juga mnyayangi diri kamu seperti
    kamu sayangkan dia.
4. Sekarang baru kamu rasakan kamu betul-betul mencintai Si dia. Kamu ingin hidup dengan Si dia. Buat la
    perkara yang sepatutnya. Elakkan terlalu mengikut nafsu.

Sedikit info ini Aku harap dapat membantu ramai orang diluar sana dalam menjawab soalan yang hadir. Adakah kamu betul-betul Si dia adalah pilihan kamu ?

Gembira aku dapat membantu.

4 comments:

  1. thank you Alvaro...
    i will visit your blog soon

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. ok..baru ada mood nak tulis balik.hehe. just nak tanya pendapat en suhelmi. dari pengalaman sy la, ada seorang kwn sy 2, hubungan dia dgn makwe dia cuma sekadar kesian. simpati. dia cinta sgt kat perempuan 2, tp perempuan 2 cuma lyn dia sbb kesian dgn kwn ni. tp last2, perempuan 2 kawen dgn org lain. sy penh dgr jgk, dari perasaan simpati ni, kalau kita pupuk pelan2, leh jgk jd syg.leh jgk cinta. sbb sy sendiri penh rasa. org sygkan sy, tp sy belum rasa syg lg. tp bila lama2, semai rasa sayang 2, dah jadi syg sgt n xboleh nak hidup pun tanpa dia.heheh. so, what do you think?

    ReplyDelete
  4. Cinta itu sesuatu yang jauh ikhlas dalam hati seseorang.

    Kita tidak boleh memaksa cinta..

    Cinta akan datang tanpa dipaksa.

    Dan saya pasti cinta itu boleh dipupuk

    ReplyDelete