Sumber Kewangan Penulis. Sila sumbang dengan satu klik sahaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 14, 2011

Melayu Itu Siapa ?


Melayu
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mua‘alaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

Usman Awang


Usman Awang dalam puisi mencoretkan melayu itu halus budi pekertinya.Baris lapan pertama dalam sajak “Melayu” ini tampak tegas sekali beliau menyatakan.
Tetapi adakah pada ketika itu ; 12 Julai 1929 melayu diertikan demikian. Bagaimana pula tahun ini ? Saat ini adakah pengertian melayu oleh Usman Awang tidak releven lagi. Aku pun tidak berani mengatakan Ya atau Tidak. Adakah kira betul jugak adalah jawapan terbaik?
Jadi siapakah melayu ?


Atau persoalan lain pula cuba kita yang Usman Awang sendiri ?

"Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu ?"
"Masihkah tunduk tersipu-sipu?"

Bagi aku pula cuba anda taip "melayu" di engin carian terpantas GOOGLE, secara automatik ini pulak cadangan carian ;
melayu
melayu boleh
melayu boleh 3gp
melayu seksi
melayu bikini

Ini pulak cadangan web oleh GOOGLE jika perkataaan "MELAYU" ditaip sahaja ;
http://www.google.com.my/#hl=en&xhr=t&q=melayu&cp=3&pf=p&sclient=psy&site=&source=hp&aq=0&aqi=&aql=&oq=mel&pbx=1&fp=b5f83d2c8ddfe546

Maka , Sekali lagi persoalan yang aku tertanya-tanya. Siapakah MELAYU?

Rujukan
1.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0610&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm)
2.http://humaixi.blogspot.com/2009/06/melayu-oleh-usman-awang.html
3.http://www.google.com.my/




2 comments:

  1. Assalamualaikum :) terbaik ,penuh dengan kias dan maksud yg mendalam dari yang dalam , semoga didalam redha allah.

    ReplyDelete
  2. Mari la kita sedar... Siapa Melayu Ini ...

    ReplyDelete